Nek Minah Skinhead !!
Thursday, February 3, 2011
N.M.S !! episod 3
Kumpulan ko paling gempak selepas Budak2 Celapung dan Gangskin Krandut. Ko ramai followers. Pengikut ko bersepah kat Seattle Wangsa, Ampunk, Pan-Thy In, Sekinchan (Crayon Shin Chan rules!) dan juga di Pusat Intervensi Badak Sungai Dusun, Hulu Selangor. Semua orang tak berani kaco ko. Budak2 Pekuda kalau tersentuh getah bulu roma engko terus beli insuran nyawa. Budak2 9 Line bila dengar nama ko, terus tempah batu nisan. Bila ko campak je duit sekupang, semua budak lain tahu yang ko adalah headqueen Skin Scoins. Mencanaklah semua orang lari macam wolverine kudung. Sesiapa yang cari pasal dengan ko bermakna selangkah ke alam barzah. Atau bahasa santunnya kembali ke rahmatullah. Sedarlah Nek Minah oi, berapa lama lagi ko nak skin menyekin? Umur ko dah lanjut. ~bersambung lagi daa~
Wednesday, February 2, 2011
N.M.S !! episod 2..
Praktis lagu2 skin. Segala rentak skin merangkumi street rock, surf ghazal, oicore, oi sila oi, raggae paprik dan runut bunyi bisul dicucuk kaca letak di hujung jari ko aje. Intro jamming mesti bantai lagu Lawan Kembali. Kalau tak pun lagu Jatuh & Bangun yang ko nyanyikan dengan penuh gaya kuak lentang. Bagus juga main lagu2 skin ni, kerana menyeru pada perpaduan dan perjuangan memajukan diri. Tapi bila dikaji dan diselidik, bait2 liriknya bukan untuk perpaduan kaum tapi perpaduan untuk golongan skinhead aja. Encore jamming mesti tibai lagu City Girl dendangan grup skin yang kau puja2 sangat tu. Huh..seks habis lagu ni. Maklumlah, bukankah free sex dah jadi salah satu prinsip skinhead yang 5 selain drunk together, violence, riot dan chaos? Harap2 apa yang ko nyanyikan tu tak dipraktikkan. Gerun aku nak membayangkan ko yang dah bongkok tahap Ninja Turtles ni pun masih terlibat dalam onar pergaulan bebas. Respeklah aku, semua orang kenal ko termasuklah nyonya yang jual telur burung unta masin kat Pasar Meru. Ko otai frontwoman Skin Scoins (sekupang) yang terpaling skinzir di Pudu Selatan. ~bersambumg~
NEK MINAH SKINHEAD
Siga!Sigu!Siga!Tiga Suku!
Cayalah, ko memang pior skin SHAP(Skin Head Abah Pin). Umur dah 67 tahun tapi still goskin. Silau mata aku tengok kepala ko. Berlingkar 242 parut kesan bergaduh dengan 17 ekor kambing boer. Jelas melambangkan kegondolan skin8 yang melampau bengis. Semua knowledge skinhead lekat kat dada ko. Buku Nick Knight, Skin Nation, Nutty 69 dan Idiot 69 habis ko khatam. Cakaplah band skin apa pun, sambil tengah tido je ko boleh sebut. Agrobeats, A.C.A.B, The Official, Big Bang, The Nationhead, Kugilalensa, Skudap Skudip, Fatally Oi!, Oi Nani, Sebodoh, Lotong Go Overseas, The Jibauk dan semua bands skin dari Kenya pun ko tahu. Salute habis! Ko bukan setakat sifu malah dah level kiasu. Dashyatlah ko malam2 bertenggek kat Jongoskin Jamm.
~bersambung...~

Subscribe to:
Comments (Atom)